Sabtu, 15 Oktober 2011

Pemendapan Ombak

Bentuk-bentuk muka bumi hasil pemendapan ombak

1. Pantai
2. Beting pasir
3. Tembolo
4. Lagun
5. Anak tanjung
6. Bukit-bukit pasir

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan ombak dan arus di pinggir pantai

  • Tenaga arus
  • Tenaga ombak
  • Pasang Surut
  • Cerun
  • Halangan
  • Orientasi pantai
  • Saiz bahan
  • Jenis bahan
  • Bentuk bahan

Pengangkutan Ombak dan Arus

  • Hayutan persisir pantai
  • Golekan
  • Ampaian
  • Seretan

Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak

1. Cenuram dan teres hakisan ombak
2. Tebing tinggi
3. Gua Laut
4. Gerbang laut
5. Batu tunggul dan tunngul sisa
6. Lohong ombak
7. Geo/anak teluk
8. Teluk dan Tanjung

Hakisan Ombak

Mekanisme hakisan ombak berlaku melalui 4 cara;

1. Tindakan hidraulik

2. Tindakan kikisan dan geselan

3. Tindakan lagaan

4. Tindakan larutan


Faktor faktor yang mempengaruhi hakisan ombak di pinggir pantai

  • Jenis, saiz dan kekuatan ombak
  • Jenis dan kekuatan arus
  • Kuantiti dan kualiti bahan endapan yang dibawa
  • Jenis dan struktur geologi/batuan di pinggir pantai
  • Cerun pantai - curam atau landai
  • Orientasi pantai - terdedah atau terlindung
  • Tumbuhan pelindung yang ada
  • Tindakan manusia yang boleh mempercepatkan atau mengurangkan hakisan

Khamis, 13 Oktober 2011

Swash and Backwash

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses Geomorfologi Pinggir Pantai

Tindakan ombak dan arus merupakan tindakan yang paling dominan dan berkesan dalam membentuk, mengukir dan mengubah bentuk-bentuk bumi pinggir pantai. Kedua dua agen geomorfologi ini akan menghakis, mengangkut, dan memendapkan bahan-bahan yang dibawa. Proses-proses hakisan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :

1. Halaju angin
2. Orientasi pantai
3. Kedalaman air
4. Faktor geologi
5. Kuantiti dan kualiti bahan
6. Pertembungan arus laut dengan arus sungai
7. Perbezaan antara tikas air surut dengan tikas air pasang

Fenomena Ombak Besar di Pantai Teluk Lipat Dungun

Agen Geomorfologi yang Bertindak di Zon Pinggir Pantai

Terdapat pelbagai agen geomorfologi yang bertindak di zon pinggir pantai. Ataranya ialah :
  • Ombak
  • Arus
  • Arus Pasang-surut
  • tindakan Angin

  • Ombak
Ombak boleh dibahagikan kepada ombak pembina dan ombak pembinasa. Ombak pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yang lebar manakala ombak pembinasa pula menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang telah dibina oleh ombak pembinasa tadi. Ombak pembinasa biasanya berlaku ketika ribut seperti pada musim tengkujuh atau gelombang "Tsunami" yang disebabkan oleh gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.


  • Arus
Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus persisir pantai dan arus pembalik dasar. Arus persisir pantai terhasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini akan bergerak di sepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara 'zig - zag'. Arus-arus lautan yang lain pula terbentuk akibat arah tiupan dan biasan angin lazim serta kesan daya koriolis putaran bumi.

  • Arus Pasang - surut
Agen pasang dan surut juga boleh mempengaruhi bentuk-bentuk muka bumi di zon pinggir pantai khususnya di kawasan muara sungai . Pasang surut terjadi akibat putaran bumi di atas paksnya.
  • Tindakan angin
Di zon luar persisir yang tidak dicapai oleh tikas air pasang biasanya dipengaruhi oleh tindakan angi. Angin bole mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk yang ada di zon luar persisir ini. Antara contoh bentuk muka bumi yang terhasil ialah bukit-bukit pasir yang dikenali sebagai diun atau gumuk pasir.

Konsep Zon Pinggir Pantai

Pada umumnya pantai adalah zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak. Secara khususnya pantai merupakan satu jalur linear daratan yang tersiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir, kulit-kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai. antara contoh-contoh pantai pasir berpasir yang bersih dan indah adalah seperti pantai di pulau-pulau Langkawi, pantai Mersing di Johor, Pantai Cherating di Pahang, Pantai Batu Buruk di Terengganu dan lai-lain lagi.