Khamis, 13 Oktober 2011

Agen Geomorfologi yang Bertindak di Zon Pinggir Pantai

Terdapat pelbagai agen geomorfologi yang bertindak di zon pinggir pantai. Ataranya ialah :
  • Ombak
  • Arus
  • Arus Pasang-surut
  • tindakan Angin

  • Ombak
Ombak boleh dibahagikan kepada ombak pembina dan ombak pembinasa. Ombak pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yang lebar manakala ombak pembinasa pula menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang telah dibina oleh ombak pembinasa tadi. Ombak pembinasa biasanya berlaku ketika ribut seperti pada musim tengkujuh atau gelombang "Tsunami" yang disebabkan oleh gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.


  • Arus
Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus persisir pantai dan arus pembalik dasar. Arus persisir pantai terhasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini akan bergerak di sepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara 'zig - zag'. Arus-arus lautan yang lain pula terbentuk akibat arah tiupan dan biasan angin lazim serta kesan daya koriolis putaran bumi.

  • Arus Pasang - surut
Agen pasang dan surut juga boleh mempengaruhi bentuk-bentuk muka bumi di zon pinggir pantai khususnya di kawasan muara sungai . Pasang surut terjadi akibat putaran bumi di atas paksnya.
  • Tindakan angin
Di zon luar persisir yang tidak dicapai oleh tikas air pasang biasanya dipengaruhi oleh tindakan angi. Angin bole mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk yang ada di zon luar persisir ini. Antara contoh bentuk muka bumi yang terhasil ialah bukit-bukit pasir yang dikenali sebagai diun atau gumuk pasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan